Friday 1 June 2012

Pandu Ikut Lorong

Assalamulaikum & Selamat Malam..

Bertemu lagi bersama ambo pada malam ini setelah sekian lama ambo menyepi..menyepi di kg halaman kedua ambo, Perak..hahaha..Ambo terpanggil untuk update blog ambo sikit mlm ini sebenarnya akibat daripada kejadian yang berlaku malam tadi sewaktu balik daripada Ipoh..

Kalau korang baca tajuk entry ambo mlm ini pun dapat faham kot..Al-kisah nya berlaku sewaktu menghampiri kilometer 321 lebuhraya plus..Bermula lah daripada situ kesesakan berlaku..mcm biasa la kalau kat highway jalan jem, mesti lorong kecemasan xda orang guna kan..sebab kat belakang kereta dah ada tampal stiker " Pandu Ikut Lorong ".. Bagus betul tuan kereta ini..pesan berpesan sesama pengguna jalan raya...


Tapi yang tak bagus nya, pesan berpesan tu tak boleh pakai..alih-alih dia pulak yang menggunkan lorong kecemasan..Ini orang-orang tua cakap tampal stiker tak serupa bikin..Bila orang lain baca stiker tu apa lagi ramai la yang follow guna laluan kecemasan juga..dah cakap pandu ikut lorong, follow je la..



Pesan daripada ambo, Jangan Pentingkan Diri Sendiri..Pandu kenderaan secara berhemah..Ingatlah dan sayang lah orang yang anda sayang..Hati-hati di jalan raya..jadilah pemandu yang bertanggungjawab..Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...